JOM SOKONG SAUDARA BAHARU MUSLIM UNTUK TERUSKAN
KEHIDUPAN DI BULAN RAMADAN INI!
Ibn Kathir menjelaskan golongan mualaf juga adalah orang yang diberi sedekah agar Islamnya menjadi baik dan hatinya tetap dengan keislamannya.
Hak mualaf : Di antara hak mualaf yang perlu ditunaikan termasuk menerima zakat, mendapatkan bimbingan dan pendidikan agama serta hak memperoleh keamanan. Apabila dua kalimah syahadah dilafazkan oleh seseorang mualaf, maka harta dan diri mereka tertakluk di bawah undang-undang agama serta terpelihara darahnya dan hartanya.
![]()
"Mereka bukan sahaja ada yang pertama kali menunaikan ibadah puasa, tetapi kehilangan tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan."
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah. -Ali-Imran : 110-
Mungkin kita pernah terdengar mualaf yang dibuang keluarga, tiada tempat sokongan dan struggle menjalani kehidupan? Kita tertanya di manakah pihak bertanggungjawab? Kenapa tidak dibantu?
Berbagai persoalan bermain di minda.
Tapi adakah kita ada berusaha untuk membantu mereka?
Ya mungkin ada yang menjawab ingin membantu mereka, namun tidak tahu di mana dan bagaimana caranya?
Percayalah banyak saudara kita, yang memerlukan bantuan. Namun mereka juga tidak tahu untuk meminta di mana.
"Saya masuk Islam tetapi masih tak tahu mengaji, Allah masih nak terima ke saya?,". Ya ini antara luahan mualaf yang tiada bimbingan dan sokongan. Mereka sentiasa berada dalam kekeliruan dan akhirnya mereka kembali kepada agama sejak lahir.
Justeru sempena bulan Ramadan ini, marilah kita bersama bersedekah untuk membantu mualaf ini bagi mereka mendapatkan :
- Bekalan makanan dan bahan asas makanan untuk beriftar dan bersahur
- Pakaian untuk menunaikan solat seperti telekung, baju Melayu
- Pakaian sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba nanti
- Sumbangan duit raya untuk menggembirakan mualaf terutama anak-anak
"Sumbangan ini tidak akan mengkayakan mereka, tetapi tanda kita mengalukan dan meraikan mualaf yang kembali kepada agama Islam.
Ayuh kita bantu mereka dengan memberi sumbangan kepada Hidayah Centre Foundation, sebuah organisasi yang bertindak untuk membantu para mualaf ini."
Hidayah Centre Foundation Membantu Golongan Mualaf Dari Tergelincir Semula.
Hidayah Centre Foundation telah ditubuhkan di bawah Hidayah Centre yang bertujuan untuk menjaga mualaf dengan menjadi :
- organisasi rujukan dalam perkongsian Islam dan pemerkasaan mualaf
- melibatkan aktivti dakwah berterusan kepada mualaf
- betulkan salah faham tentang Islam
Malah melalui Hidayah Centre Foundation ini juga, mualaf dapat membentuk satu komuniti untuk memberi sokongan antara satu sama lain terutama ketika berdepan dengan masalah.
Justeru bersempena bulan Ramadan yang pernuh berkah dan rahmat ini, marilah bersama-sama kita menghayatinya dengan membantu meringakan beban saudara Islam terutama mualaf yang memerlukan bantuan dari kita semua.
Kelebihan sedekah di bulan Ramadan :
Bulan Ramadan adalah bulan kita meraih keuntungan besar yang dijanjikan Allah. Sungguhpun puasa adalah milik Allah, tetapi sedekah di bulan mulia ini mampu membuka pintu syurga untuk kita.
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Selain itu sedekah juga akan memboleh kita menjadi hamba Allah yang paling tinggi martabat di sisi-NYA.
“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertakwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)
Ayuh ini masanya, untuk kita membantu golongan mualaf. Berinfak, dan bersedekahlah untuk Hidayah Centre Foundation hari ini.